Life Must Go On...Goodbye 2010..

Hari ni penghujung tahun 2010..masih ingat lagi kisah suka dan duka yang berlaku sepanjang tahun 2010,kan?  apa pun yang berlaku sepanjang tahun 2010, hidup mesti diteruskan..selagi nyawa dikandung badan.. selagi itulah tak boleh nak putus asa... kalau tak, dah tentu tak kemana punyalah.. azam aku tahun 2011 ni dah tentula nak jadi lebih baik daripada tahun lepas.. memang tak baik pun tahun lepas.. ape taknye, asyik bertukar kerja je.. apa nak jadi pun tak taula Amny.. yang best untuk tahun 2011 dah tentu aku konvokesyen.. tak sabar rasanya nak konvo bulan 4 ni.. hehe.

Aku tak nak malas-malas dah.. kena kuatkan semangat untuk menghadapi dugaan yang mendatang.. chill Amny!! Tak boleh nak enjoy sangat dah lepas ni.. eh, tahun baru ni kira umur aku dah 22 lah ye? aduhai.. dah tua rupanya aku.. tapi takpe, aku masih lagi bergetah,kan? haha.. apa pun setiap orang mesti mengharapkan yang terbaik sepanjang tahun 2011,kan? semoga ada sinar pada tahun baru ini.. goodbye 2010.. welcome 2011.. :)



2 peluk cium ::

Syafiq Rosli said...

hepi new year

JIJI YU said...

macam pernah tengok jer layout cam ni..hehee..epy new year..

Post a Comment