And I could ask for more

Anda sebagai wanita selalukah anda meminta itu ini dari kekasih anda? pernahkan anda merajuk berhari-hari kerana si dia tak dapat menunaikn permintaan anda? Dan anda mahukan coklat dan bunga, atau pun makan malam di hotel ataupun hadiah-hadiah yang mahal untuk memujuk anda?  Pernah tak anda mintak si dia melakukan perkara-perkara yang agak mustahil untuk dilakukan, tapi si dia lakukan jua untuk menunjukkan kasih sayangnya terhadap anda?


Sekiranya anda pernah berbuat sedemikian, maka berhati-hatilah. Anda sebenarnya telah membuatkan si dia menjeruk rasa. Tapi demi untuk menjaga hati anda, dia sanggup. Tetapi selama mana?  Ubah sikap anda atau dia akan meninggalkan anda! Jangan buat teman lelaki anda bosan dengan perangai anda. Dan jika si dia berubah hati, selidik salah anda sebelum anda menyalahkannya.


Aku mempunyai seorang kawan lelaki yang hari-hari merungt mengenai sikap teman wanitanya yang bukan sahaja cemburu, tetapi selalu saja mengarah. Aku cuma mampu menggelengkan kepala apabila mendengar pertengkaran mereka yang berakhir dengan si teman wanita menghempas telefon. ( macam aku ). Tapi aku kagum dengan kesabaran si lelaki. Walaupun si wanita membentak-bentak, menengking-nengking, si lelaki tetap masih mahu menelefon dan memujuk. Adakalanya aku pelik jugak dengan sikap si wanita. Nama aku ada dalam henfon si lelaki ini di deletenya sebab cemburu! Nak tergelak jugak dengan sikap cemburu yang terlampau.


Setakat ni aku tengok si lelaki masih tidak berubah hati terhadap pasangannya. Mungkin sebab mereka dah sayang dan akan bertunang. Tapi peluang si lelaki untuk mencari yang lain masih ada. Takot nanti dia tinggalkan bakal tunangnya bila terjatuh cinta dengan perempuan lain yang lebih lembut, lebih memahami dan melayan dengan baik. Aku tak kata dia akan tinggalkan si wanita. Tapi kalau si wanita masih tidak mengubah sikap mungkin juga akan berlaku. Syukur, aku tak macam wanita itu. Tapi aku pun pernah buat kesilapan yang sama! biasalah, wanita..


Ya! Perkara itu pernah aku alami. Aku akui aku agak cemburu dan buat benda yang sama. Nasib aku baik sebab si dia tak tinggal aku. Aku akui aku silap. Dia tak pernah menyalahkan aku atas kekasaran aku selama ini. Semua disimpan dalam hati. Untungnya dia penyabar. Sehinggalah dia berbuat perkara yang sama terhadap aku. Nasib baik itu hanya untuk menguji aku. Aku menyesal sebab pernah melakukan perkara sedemikian. Apa lagi si dia telah banyak aku susahkan. And I could not ask for more, melainkan berdoa semoga kami bahagia.


So, anda wanita yang di luar sana. Fikirkan perasaan teman anda sebelum meminta dia melakukan sesuatu yang diluar kemampuannya.  Ingat, si lelaki punya banyak pilihan selain dari anda. Aku bukan nak menangkan pihak laki, cuma bertolak ansur dan bertimbang rasalah! Ada perkara yang mungkin  dia mampu buat, dan ada perkara yang mungkin dia tak mampu buat. Jika anda memahaminya, mustahil dia akan cuba tunaikan permintaan anda. Percayalah.


"Alangkah baik sekiranya anda dan pasangan anda saling menerima kekurangan masing-masing dan belajar dari kesilapan yang lepas.."






2 peluk cium ::

Maria James Chayak said...

keadaan yang benar2 berlaku. alahai, kekasih tak memahami. :)
mencuba yang terbaik untuk stay in a relationship :)

~Amny Rauhah~ said...

betol3.. sayangilah orang yang menyayangi anda.. kan?

Post a Comment