Gunting ( makan dalam sikit )

Hari ni aku nak cerita mengenai gunting. Gunting ni ada macam-macam bentuk. Pendek, kecil, besar, tebal, halus tapi yang nyata ianya tajam dan membahayakan.


Gunting ni boleh digunakan untuk memotong kain, kertas, gunting rambut pun boleh juga. Dalam erti kata lain memang tajam. Kalau silap gayanya boleh menyebabkan berlakunya kecelakaan ataupun kecederaan.


Benda-benda yang membawa malang kalau kita salah gunakan gunting ini boleh dielak jika gunting itu digunakan secara selamat dan terang-terangan. Lepas guna gunting tu letakkan ia pada tempat yang selamat serta boleh kita lihat jelas kedudukannya agar tidak mencederakan kita.


Gunting yang kita tak nampaklah yang paling membahayakan kita. Silap haribulan dan tahun memang buat kita sakit. Gunting yang kita tak nampak ni lah yang kita kena awasi dan jaga dengan sebaiknya. Manalah tahu satu hari nant kita terkena 'guntingan ' itu. Sakit,kan?


Pengendali gunting juga kena bijak menggunting, silap gunting confirm kau yang kena gunting lepas tu! Sehebat-hebat tukang gunting kadang-kadang ada juga dia terlajak gunting telinga pelanggan dia! Tu dia penangan gunting!


Oleh itu, anda sekalian berhati-hatilah dengan gunting ini terutama gunting yang kita tak nampak. Silap langkah, buruk padahnya. kan kan kan?









6 peluk cium ::

nub said...

gunting itu penting..hihihi

~Amny Rauhah~ said...

mmg sakit kalau kena gunting! hati pun terluka sama..hihi

YannaLuRVe said...

gunting dlm lipatan ada x... hihi ^__^

ezetheblackrose said...

amny~~sape yg guntinx kao tu guntinx dia balik sng ceta..huhu..bahaya guntinx tu taw...=)

syg yatt said...

uhuhuu..

gunting ouh gunting..

~Amny Rauhah~ said...

yanna : ada2.. double meaning tu.. :D


ezet : adala.. aku kena gunting kot.. haha


syg yatt : haa..gunting2..

Post a Comment