Keburukan Bila Terlebih Senyum



Hey. Anda memang tahu, aku seorang yang mudah tersenyum,kan kan? Tak tahu? Ni aku dah bagitahu. Sebab senyum jugalah aku kena marah. Pernah suatu ketika dahulu, masa tu aku dalam tahun 5 aku kira. Mak aku pun datang ke sekolah dengan muka slumbernya untuk menandatangani buku rekod peperiksaan aku. Ya, muka slumber. Mak aku memang rock! Tak semena mena cikgu aku pun memarahi aku kerana kemerosotan aku dalam kelas. Aku pun tersenyum senyum dan tersengih sengih. 


Sampaikan hangin satu badan cikgu tu dan mak aku juga. Lantas cikgu tu pun mengadu kepada mak aku."Anak makcik ni memang. Kat kelas kalau kena marah pun senyum aje" apa lagi, tak pasal pasal mak aku cubit aku kat situ juga. Tapi aku masih mampu tersenyum. hehe. Gila ke ape aku ni..


Kisah yang lain pula berlaku masa aku bekerja di Gerbang Perdana sebagai receptionist. Suatu ketika bos aku Encik Mustafa telah memanggil aku untuk diberikan nasihat. ( tak faham kenapa mereka suka kaunseling pekerja ) Oh ya, untuk diberikan penerangan mengenai kerja yang akan dilakukan. ( kerja akaun ) Semasa bos aku sedang menegur tentang kesalahan yang aku lakukan.


 Aku hanya tersenyum dan mengangguk anggukkan kepala.  naik hangin bos aku tu sampaila terkeluar dialog "Amny, u boleh serius sikit tak?" Aku pun dengan hanginnya menjawab sambil buat muka serius. "Baik bos." ( ekspresi muka serius ) kemudian dia meneruskan sesi tegur menegur. terkeluar lagi dialog " Amny, you jangan biadap dengan i boleh? " Hey! aku pun dengan hanginnya terus buat muka masam. Lalu menangis. Masa bila pula aku biadap? sepatah haram pun aku tak cakap. 


Mungkinkah sebab aku senyum tadi dia marah? ish...susah jugakkan untuk orang yang semulajadi sentiasa senyum macam aku ni. Senyum salah, tak senyum lagilah salah.. mungkin juga aku tak pandai buat muka serius. Dah memang semulajadi aku macam ni. Harus bagaimana lagi?


Anda renung~renungkanlah keburukan bila terlebih senyum..Jangan jadi macam aku.










p/s : suka dengar lagu Senyum nyanyian Malik & Najwa 






10 peluk cium ::

Mr. N said...

masalah lah ngan senyuman ko ni..

Taufan Bin Ribut said...

grrrrrrrrrrrrrrrrrr

Hizami Li said...

erk.
takpe2.
sabar je.
zami pon pernah je senyum pastu kena marah.
tak faham betol.

atiqa aris said...

hehe senyom oke pe dari i suke gelak.da bese sngat kene sound sbb x serius nii.huu

ZACK ENTRY said...

mungkin bos tu ada masalah rumah tangga malam tadi, tu yang bad mood sikit..hehe

~Amny Rauhah~ said...

sembil9n : haha..mana tau weh..muka cari pasal kot..


taufan ribut : kenapa kenapa?


hizamirahim : haha.. amek keputusan berhenti kerja terus! tacing kot dengan bos.


atiqa : kenapa eh? orang yang suke senyum ni diorang bukan tahu bila kita serius. kan?


zack : agaknyela.. tapi dye memang pantang tgk i. mesti nak carik pasal kot. haha

Nazrul Ashraff said...

haha..saya nak berhenti smile..sob3x..

ARJUNA.Inc said...

haha..enyum pn jdi mslah ke?isk2..x pela...cmni nk kna wt mka msam slalu la..haha..

ezaty said...

suka juga lagu senyum tu :)

tungkaran hati.blogspot said...

blog walking....! nice blog to watch out.

Post a Comment