Jenis-Jenis Kawan. Anda Yang Mana?

Kebanyakan kawan seumpama semut, pabila ada gula ramai yang akan menghurung tapi bila kemanisan hilang tiada yang sudi nak dekat. Tapi jangan lupa pepatah berkata,”Mati semut kerana gula” Kadang-kadang kawan-kawan tertipu dengan manis yang penuh kepalsuan yang menjerat diri mereka sendiri. 

1- Kawan yang hanya mendapatkan manfaat dari kita.

  • Kawan jenis ni, akan meninggalkan kita bila dia merasa kita ni dah tak berguna padanya. Kawan jenis ni ramai. Kawan jenis ni selalu memaksa kita menghulurkan bantuan, jika kita setuju menolongnya, dia akan redha dgn kita dan jika kita menolak untuk menolong, dia akan membenci kita.

2- Kawan berseronok.

  • Kawan jenis ni berkawan dengan kita hanya kerana dia seronok bersembang, berteman dan lain-lain dengan kita sedangkan dia tidak pun memberi manfaat kepada kita. Kita dan dia tidak saling memberi manfaat untuk satu sama lain. Berkawan dengannya hanyalah membuang masa. Hati-hati dgn kawan jenis ini, kerana ia hanya membazir waktu kita.

3- Kawan yang memberi manfaat kepada kita dan menjauhkan darurat daripada kita. 

  • kawan jenis ini, adalah kawan yang membawa kepada kebaikan dan menjauhkan kita dari perkara buruk. Dia membuka untuk kita, pintu-pintu kebaikan dan membimbing kita kepada kebaikan. Peliharalah sungguh-sungguh hubungan dengan kawan jenis ini.


3 peluk cium ::

SitiNor Azliza said...

sye kwn no.3 .... hahahahah

SitiNor Azliza said...

sye msti la y no.3 ... hahahaaa

~Amny Rauhah~ said...

Alhamdulillah. hehe

Post a Comment