Tengah aku syok layan nasik goreng tu, datang lagi sorang makcik jual kerepek. Aku bukan taknak beli, tapi duit pn aku bawak cukup-cukup je makcik.. kang tak terbayar pulak makanan aku. Aku pn cakap tak nak beli kat makcik tu. dapat ku lihat muka makcik tu hampa. Kesian dia takde sapa nak beli kerepek dia tu. dahla berat-berat makcik tu bawak. Sayu je aku tengok.. Tapi takpela, aku pn teruskan makan. Tak terusik rasanya nasik yang aku makan tu. Haih.. Hati aku tersentuh bila datang sorang uncle mintak sedekah lagi. Dari jaoh lagi aku tengok makcik yang lain pulak jual kerepek sambil bawak plastik berat-berat & besar..
Tak selera terus aku nak teruskan makan.. kesian.. Pelbagai persoalan bermain kat fikiran aku ni.. Makcik ngan uncle tu takde anak ke nak bagi mereka duit sampai tengah-tengah malam camtu diaorang masih cari rezeki? Tetibe je aku teringat mak ngan abah. Apela mak aku tengah buat sekarang ni?? Dah tidur ke belum ye? Kalaulah mak aku yang jual kerepek tu, abah aku yang tengah mintak sedekah tu.. haih!! sedih!! rasa nak nanges je. Sampai hati anak-anak makcik ngan uncle tu buat camtu. Kenapa biarkan mak ngan ayah keluar malam-malam cari duit dengan mintak sedekah, jual kerepek? Kalaulah apa-apa jadi dengan diaorang... menyesal tak sudah nanti.. tu pun kalaulah anak-anak diaorang menyesal. Takde perasaan kesian ke kat mak ayah diaorang.. Kenapa biarkan mereka susah sampai ke tua? Dari kecik mak ayah dah besarkan kita.. cari duit untuk kita..tak boleh ke kita bagi mak ayah kita senang & biarkan mereka habiskan sisa usia kat rumah je?
Tak faham aku... kenapalah kurangnya nilai kasih sayang seorang anak terhadap orang tuanya.. time camnila aku rindu kat mak.. nak mak!! rindu nak tidur bawah ketiak mak. hehe.. teringat time kecik-kecik dulu mak jaga aku. Dengan pangai aku yang degil ni.. Camnela aku nak balas budi mak.. Tak ternilai harganya.. Tak mungkin aku akan sia-siakan mak ngan abah.. Kepada mereka-mereka yang masih mempunyai ibu bapa.. Hargailah ibu bapa anda sebelum terlambat.. Jangan sia-siakan ibu bapa anda.. -end-
ni la mak ngan abah aku time muda-muda dulu.. :)
i love u mak n abah!
0 peluk cium ::
Post a Comment