Break Up To Make Up!



Sebagaimana nyanyian Chigaco dalam lagu Hard To Say I'm Sorry.. Ayat yang pertamanya menyebut "Every lover needs a holiday, far away from each other." Mungkin betul lirik lagu tu, kadangkala sepasang kekasih perlukan 'rehat' untuk memberi peluang kepada diri masing-masing menilai diri sendiri dengan akal fikiran yang waras.


Selalunya, kita mesti tak mahu kalau bila bergaduh dengan si dia. Kita mahu si dia yang mengalah dan meminta maaf pada kita. Walau benar dia bersalah, tetapi selalunya kita tak bagi peluang langsung kepada si dia untuk menjelaskan perkara sebenar. Bila kita tau kita salah kita tak akan beralah dan masih menyalahkan si dia punca kesalahan itu. Adilkah kita?


Jika hubungan anda dilanda perbalahan tanpa henti, aku nasihatkan anda berdua mengambil 'cuti' untuk jauh dari pasangan anda. Atau 'bercuti' dari berjumpa buat sementara waktu. Berikan masa pada diri masing-masing agar dapat menilai segalanya dengan baik dan buruk, betul dan salah diri masing-masng dengan fikiran yang waras dan tak emosional.


Bagi aku, tuang sementara waktu untuk sendirian amat perlu untuk diri sendiri. Bagi memikirkan yang terbaik untuk diri sendiri. Dan memilih untk kebahagiaan kita, kebaikan brsama juga kebahagiaannya.


Sesetengah orang, bila kita cakap kita perlukan ruang waktu berfikir, dia akan fikir kita akan meninggalkan dia lantas mnjadi orang yang agresif dan emosi lalu menangis. Kita perlu jelaskan pada dia,yang kita perlukan waktu break up to make up. Bukan untuk berpisah selamanya. Cuma untuk tenangkan segala ribut taufan yang melanda hubungan anda berdua dan mendatangkan kerinduan bila berjauhan.


Selepas dari rehat atau cuti dari pasangan masing-masing, mungkin anda dan dia akan mempelajari bagaimana untuk menghargai diri masing-masing. Manalah tahu tak sampai sebulan dah edar kad jemputan... kan kan kan? : D


Fikirlah yang terbaik untuk hubungan anda berdua. Tiada siapa meminta untuk jatuh cinta, apatah lagi putus cinta kerana cinta datang tanpa kita jemput dan pergi tanpa kita rela..


Cinta Oh Cinta!



8 peluk cium ::

Yulia Fajrin said...

aku tag kau!!

http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2011/01/saya-nak-hadiah-hari-jadi-dari-yanamib.html

~Amny Rauhah~ said...

hehe.. time kasih liya.. :D

Yulia Fajrin said...

kau pegi klik kat gmbr tu..and then..ikut apa yang dia suruh :D

~Amny Rauhah~ said...

oo... okie2.. hihi.. tengkiu.. :D

Nazrul Ashraff said...

haha..kaunselor ye kamu..follow..=)..btw,nice..

~Amny Rauhah~ said...

kaunselor ke? haha.. okie jugak tu.. thanks for following... :D

ARJUNA.Inc said...

huhu..bley ikut lagu katy perry..hon n cold..haha..

~Amny Rauhah~ said...

haha.. :D
biasala tu..dalam perhubungan tak semuanya indah,kan?

Post a Comment