Dialog Tentang Ke'BODOH'an

" Dengan perniagaan ini nanti, akan aku sedekahkan sebahagian keuntungannya kepada fakir-fakir miskin, selebihnya nanti aku sedekah ke masjid untuk mengurs dan menjamin kebelangsungan dakwah dan rumah ibadah. Ya! Aku janji.." Ujar Leman sendirian di dalam stor kedainya, sambil tangannya lincah menyusun botol-botol Guiness Stout, Tiger dan Heineken dan memunggah keluar dari kotak-kotak untuk diangkut masuk ke dalam peti sejuk di ruang depan kedainya..


"Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya. Tak sangka akhirnya beroleh juga rezeki yang ditunggu-tunggu ini setelah lama mencuba. Tak sangka betul, nombor ni naik juga akhirnya." Luah Haji Sapie kegirangan, sambil menatap keputusan 4 nombor ekor mukasurat belakang dada akhbar, dan kemudiannya mengucup kertas slip nombor ramalan itu.


" Terima kasih, syukur pada Allah kerana dengan izin dan limpah kurnianya, diberikan kekuatan kepada saya untuk terus berjuang dalam lapangan ini. Ia bagaikan satu perjuangan suci daam mneruskan kepercayaan peminat dan penyokong saya selama ini. Saya berjanji akan menumpahkan bakti selagi termampu. InsyaAllah"  ucap seorang aktres di atas podium ketika menerima trofi gelar artis popular pada satu majlis anugerah sambil sesekali dia membetulkan bajunya yang terdedah luas di dada bersama skirt yang singkat dan terbelah.


Kebodohan memang banyak membuak dan melimpah ruah di zaman serba maju ini. Kadang-kadang fikiran keliru untuk membezakannya. Inilah kuih yang terhasil, dari acuannya yang bernama sekularisme! 
Pemisah antara agama dan kehidupan!








7 peluk cium ::

ARJUNA.Inc said...

hurm..bgus punye prgaikan..nak sdkah..gna duit haram..hurm..pe la nk jdi mnusia skang nih..haih..

~Amny Rauhah~ said...

haaa..tulah dunia,kan? tak faham tak faham..

Kenn Mark Solomon said...

'Happy Go Lucky' di luar negara bermaksud perempuan yg mudah di bawa ke sana ke mari oleh lelaki. Bukannya maksud inggeris yg diterjemahkan ke bahasa melayu.

~Amny Rauhah~ said...

ooo..okie.. maknenye? nak kata i bodo jugak ke? :P

Yulia Fajrin said...

wooo...hahaha..weih...nak share info3 kat sini ya...lagi satu??asal hang delete tinggalkan jejak aku tuh??aku no 1 kot....grrrr...-.-

si cantik sally said...

ad bodo n pandai nye..weng2...duniawi .. =) nope x aktif lam belog aQ..

~Amny Rauhah~ said...

liya :oo..boleh3.. soryla babe..aku nak delete sume..tapi b.band slow. mukan pe.. manyak sgtlaa.. sory tau!

ezet : hehe.. biasala tuu..

Post a Comment