Filem Komersial ( Filem Melayu )

Bagi aku, sama ada filem Melayu adalah komersial atau tidak, itu bukan isunya. Filem yang patut keluar panggung wayang, semuanya filem komersial. Filem yang dibuat untuk ditonton dan untuk diberi tonton kepada penonton. Eh, hampir saja terbelit lidah. Isunya, kenapa selalu saja filem-filem komersial sekarang ni macam tak berkualiti je. Ops, maaf ye industri filem tanah air.. aku hanya bagi pendapat. Sungguh tak berkualiti langsung sampai aku rasa alangkah membazirnyalah kalau beli tiket wayang ataupun VCD filem tu. Adakah sebab filem itu terlalu komersial sampaikan kualitinya diabaikan dan tak diambik peduli langsung? Pada pendapat aku, sesebuah filem tu terlampau komersial dan tak berkualiti langsung kalau : 

  1. Ambik penyanyi atau pelakon popular @ popular sikit-sikit yang tak pernah berlakon jadi pelakon..
  2. Gunakan pelakon popular tadi untuk berlakon dalam semua watak. Jadi heroin dia, hero pun dia, sampai pelakon ekstra pun dia gak... ( bosan kot tengok muka orang yang sama je )
  3. Buat aksi stunt gempak-gempak. contohnya drift ke, tembak-tembak ke. tapi jalan cerita tak gempak mana pun. Hampeh je.
  4. Pengarahnya ( tak kesahla pengarah baru atau lama ) gunakan konsep memfilemkan drama dan mendramakan filem secara berulang sampai aku pun dah boleh agak jalan cerita filem tu. kan kan kan?
  5. Ada jalan cerita yang hampir sama dengan filem sebelumnya.. Kira sambungan ceritala ni.. Baik tengok drama kat tv je..
  6. Filem yang ditayangkan tu raya puasa dah tayangkan kat pawagan, raya haji pulak keluar kat astro. adoi.. baik tengok kat tv je. kan?
  7. Banyak sangat buat cerita hantu, dahla tu, tengok filem seram rasa nak gelak. Tengok filem komedi rasa bosan. Lawak ke? Tengok filem cinta, rasa nak muntah hijau pulak. : p
  8. Buat iklan banyak-banyak sampai orang dah muak tengok iklan filem tu sebelum ditayangkan, tapi bila filem dah ditayangkan, hampeh je tengok. Tak ada sambutan pun. 

Aku tak nak bagi contoh pun mana-mana filem yang aku tengok. Tak naklah nanti wat kontroversi kat dalam industri filem tanah air kita kan. kan.. ceh, gaya aku cakap macam artis tak? Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. Filem kita, wajah kita. Filem tak berkualiti. wajah kita pun tak berkualit. Tak gitu? 




2 peluk cium ::

nub said...

hhihiih..sian cite melayuu

~Amny Rauhah~ said...

hihi.. i tulis kebenaran kan? :)

Post a Comment