Resepi Nasi Ayam Mudah

Bahan-bahan :
(sup)
daun bawang (hiasan)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 halia halia
5 mangkuk air
bawang goreng (hiasan)
1 kiub ayam knoor
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis

(nasi)
1/3 butter
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 hiris halia
buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 pot beras yang telah dibasuh
2 helai daun pandan

(ayam)
1/2 ayam
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
3 sudu madu

(sos cili)
10 tangkai cili kering
secubit belacan
air rebusan ayam.
3 ulas bawang putih
2 hirisan halia
gula
garam

(sos kicap)
bahan perapan ayam (dimasak)

cara memasak sup:

1. potong halus bawang putih, bawang merah dan halia. panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah di potong halus.masukkan air dan kiub ayam. masukkan 1/2 ayam tadi ke dalam sup untuk melembutkan ayam. ( ayam tak perlu dipotong ) pastikan ayam masak dengan sempurna. setelah masak keluarkan ayam dan toskan. perasakan sup dengan garam dan bahan perasa. jangan tabur daun bawang dahulu kerana sup akan digunakan untuk memasak nasi dan sos cili.

cara memasak nasi :

2. potong halus bawang putih, bawang merah dan halia, cairkan butter dan tumis bahan-bahan yang telah dipotong halus. masukkan sekali bunga lawang, buah pelaga, dan kulit kayu manis ke dalam tumisan. masukkan beras dan tumis sekali bersama bawang. kemudian masukkan air rebusan ayam yang telah dibuat sup untuk memasak nasi. akhir sekali masukkan daun pandan untuk memberi bau yang harum. ketepikan sehingga nasi masak.

cara memasak ayam :

3. letakkan ayam yang telah ditoskan ke dalam bekas. masukkan sos tiram, kicap manis dan madu. gaulkan dan perap ayam selama 30 minit. kemudian goreng dengan menggunakan api yang sederhana supaya ayam tidak hangus. ( bahan perapan ayam jangan dibuang jadikan sebagai sos kicap.)

cara memasak sos cili :

4. potong halus cili kering( buang biji) dan rendam kedalam air panas. blend bersama bawang, halia dan belacan. kemudian masak dengan api yang sederhana sehingga masak. perasakan dengan sedikit gula, garam dan bahan perasa.

Siap!.Bolehlah di makan begitu sahaja. sedap hingga menjilat jari.







0 peluk cium ::

Post a Comment