Resepi Pavlova Simple

Bahan-bahan:

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu tepung jagung
1/2 sudu esen vanila
1/2 sudu cuka

topping :

1 cawan whipping cream (non dairy)
buah strawberi, anggur dan kiwi


cara-cara (meringue):

1. panaskan oven 140 darjah celcius sebelum memulakan adunan.

2. pukul putih telur selama 5-10 minit sehingga kembang dan bertanduk. untuk memastikan telur benar-benar sempurna, terbalikkan adunan dan sekiranya adunan tidak jatuh maka adunan itu benar-benar sempurna. pukul dengan kelajuan paling maksimum. setelah itu masukkan gula kedalam adunan dengan tahap kelajuan maksimum juga. masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. biarkan adunan sebati.adunan yang telah siap ini dipanggil meringue.

3. adjust kepanasan oven 100-120 darjah celcius sebelum memasukkan merigue ke dalam oven. letakkan merigue ke atas kertas pembakar dan bakar selama 1jam 15 minit.

4. sebelum mengeluarkan merigue dari dalam oven, biarkan oven terbuka selama 5 minit sebelum merigue dikeluarkan.















cara-cara (topping) :

1. masukkan whipping cream dan pukul dengan kelajuan maksimum sehingga kembang dan bertanduk. siap untuk di letakkan ke atas merigue yang telah masak.

2. letakkan whipping cream di atas meringue dan hias dengan buah dengan mengikut kreativiti anda.














#masukkan kedalam peti ais dan makan sejuk-sejuk untuk kepuasan yang nyata. hehe.
selamat mencuba!




0 peluk cium ::

Post a Comment