Review Baju Tunang

Dah lama i tak update blog. Sangat sibuk dengan urusan keduniaan. Sibuk menguruskan hal-hal berkaitan nak kahwin lagi. Untuk pengetahuan, i telah melangsungkan majlis pertunangan pada 15 Oktober 2013. Majlis berlangsung dengan sangat simple dan banyak benda yang i DIY. Antaranya termasuklah hantaran kedua belah pihak, pelamin dan doorgift. Sangat puas hati dan menjimatkan.

Oh ya, majlis pertunangan i bertemakan warna mint dan peach. pastel gitu. Baju tunang sangat simple daripada kain chiffon gorget dan prada lace. Prada lace i beli kat nagoya. RM68 / meter. i beli 2 meter je sebab nak buat atas baju je. Kain chiffon pulak i beli kat jakel. Tak ingat i berapa RM semeter tapi i beli 6 meter sebab nak flowy dgn nak buat lining. Kain chiffon agak jarang kalau tak letak lining ye. upah untuk buat baju ni i hantar kat area rumah sewa i. RM250. agak mahal sebab i tak puas hati dengan hasilnya. tak flowy langsung. ikut hati nak je i sewa baju tapi fikir bajet lari i pakai jugak. huaa 


ni la baju tunang i. sila abaikan background. sangat suka dengan warna ini.

 Prada lace ni agak tebal dan kalau nak nampak kurus tak di sarankan pakai ye. 


ni gambar bersama mak dan adik-adik tersayang. 

kesimpulannya i terpaksa berpuas  hati sebab total baju i termasuk upah adalah RM500++. Baik sewa kat butik je sebab i dah tak pakai pun baju ni. Anyone yang berminat nak sewa boleh email i amny@ymail.com. Thank you. 





1 peluk cium ::

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment