Kisah Kau dan Aku





Sejujurnya aku tidak mahu tahu apa yang berlaku terhadap kau. Sebolehnya aku tidak mahu mendengar apa jua tentang kau. Tentang kehidupan. Tentang cerita. Tentang masalah. Tentang cinta. Tentang apa jua yang bersangkutan dengan kau. Kerana bagi aku, ak tetap aku yang tidak mahu mengambil tahu cerita peribadi kau lagi.


Antara kisah kau dan aku, kita bagaikan satu garisan selari yang pasti tidak akan ketemu walau di hujung mana sekalipun. Ketentuan antara kau dan aku yang sememangnya sudah tercatat sejak dahulu lagi. Namun jelas menunjukkan bahawa antara kau dan aku memang tidak akan ditautkan dalam satu cerita walau seaksara sekalipun.


Kau dan aku pernah berharap agar ada satu titian atau jambatan atau apa sahaja yang bisa membuatkan kisah kita bertemu dan menyatu. Tapi sedarlah wahai jiwa yang hitam, peristiwa tau agen pencantuman itu tidak akan berlaku sama sekali. Tidak akan. Pasti.


Kepastian ini memang telah lama kita sedari, tapi sering jiwa kita yang hitam itu akan menafikan dan cuba untuk berharap agar keajaiban berlaku. Akhirnya, dihujung pengharapan, sekujur kecewa yang kita temukan. Kisah kita adalah garis-garis hitam yang selari dan sejajar!


Jangan ingatkan aku tentang kisah kita. http://www.emocutez.com








0 peluk cium ::

Post a Comment