Conteng Dinding!


Aku rasa paling tak masuk akal kalau ada orang yang gatal tangan conteng ayat-ayat ni kat dinding atau pun pintu-pintu toilet kat tempat awam :

1."Ayg sayang abg sangat2.. forever & ever!"
- Ape kes ni woi ? kalau dikarang dalam surat cinta lagi bagus... Bercinta tak guna pintu toiletlah weh.. Adoi..

2."Tampal tayar. Hubungi 01398****. Along."
- Ni lagi satu, buat bisnes pandai tapi iklan tak reti nak buat. Alah, apa susah, tulis aje kat dinding.. jimat dan ramai orang tengok. Kreatif sungguh!

3."Siapa baca dia monyet."
- Orang yang conteng dinding ni lebih teruk daripada monyet. Yela..monyet pun tak pandai conteng dinding,kan kan kan?

4."Awek ger****.  Nak booking? Sila kol 01798*****."  ( ada gambar alat sulit lelaki kat sebelah )
- Lagilah tak faham.  Gersang sangat ke sampai mesti buat iklan siap ada gambar? Kenapa tak nyatakan saiz sekali? Ops..haha.. tak faham apa motifnya pemberitahuan tentang gambar alat sulit lelaki tu. Adoi..

5."Tolong jangan conteng dinding!"
- Orang bengong bagi amaran kepada bakal-bakal orang bengong yang teringin cuba nak conteng dinding jugak. Paling hampeh bila ada yang tulis. “Kau conteng boleh pulak? Bodoh!”  dah tu sambung menyambung dah macam komik pulak..  tak pasal-pasal je orang duduk lama-lama kat tandas tu sebab baca lakaran kreatif tu kan? Haihhh..

p/s : aku la tu yang suke dok lama-lama kat toilet awam sambil baca lakaran kreatif diaorang tu..haha.. tak beragak sungguh! 

2 peluk cium ::

Osman said...

Hahaha yang num 5 tu kelakar , suruh orang jgn conteng . Padahal dia yg conteng :D

~Amny Rauhah~ said...

haha.. lagi nak layankan orang yg conteng tu kan.. haih..

Post a Comment