Aku rasa paling tak masuk akal kalau ada orang yang gatal
tangan conteng ayat-ayat ni kat dinding atau pun pintu-pintu toilet kat tempat
awam :
1."Ayg sayang abg sangat2.. forever & ever!"
- Ape kes ni woi ? kalau dikarang dalam surat cinta lagi bagus...
Bercinta tak guna pintu toiletlah weh.. Adoi..
2."Tampal tayar. Hubungi 01398****. Along."
- Ni lagi satu, buat bisnes pandai tapi iklan tak reti nak buat. Alah, apa
susah, tulis aje kat dinding.. jimat dan ramai orang tengok. Kreatif sungguh!
3."Siapa baca dia monyet."
- Orang yang conteng dinding ni lebih teruk daripada monyet.
Yela..monyet pun tak pandai conteng dinding,kan kan kan?
4."Awek ger****. Nak
booking? Sila kol 01798*****." ( ada
gambar alat sulit lelaki kat sebelah )
- Lagilah tak faham.
Gersang sangat ke sampai mesti buat iklan siap ada gambar? Kenapa tak
nyatakan saiz sekali? Ops..haha.. tak faham apa motifnya pemberitahuan tentang
gambar alat sulit lelaki tu. Adoi..
5."Tolong jangan conteng dinding!"
- Orang bengong bagi amaran kepada bakal-bakal
orang bengong yang teringin cuba nak conteng dinding jugak. Paling hampeh bila ada yang tulis.
“Kau conteng boleh pulak? Bodoh!” dah tu
sambung menyambung dah macam komik pulak..
tak pasal-pasal je orang duduk lama-lama kat tandas tu sebab baca lakaran
kreatif tu kan? Haihhh..
p/s : aku la tu yang suke dok
lama-lama kat toilet awam sambil baca lakaran kreatif diaorang tu..haha.. tak
beragak sungguh!
2 peluk cium ::
Hahaha yang num 5 tu kelakar , suruh orang jgn conteng . Padahal dia yg conteng :D
haha.. lagi nak layankan orang yg conteng tu kan.. haih..
Post a Comment